Hye. Selamat Datang ke Kampung Tanjung Api.
Kampung ni baru dibuka dan penduduknya cuma seorang je baru, iaitu ketua kampung.
Silalah masuk.
Kedai Kaset under construction. Ketua Kampung pening kepala macam mana nak susun atur kedai ni. tu la suruh upah anterior designer taknak, nak buat sendiri. buat la sendiri nak buat sangat
15 Ogos 2026 • 09:28 AMSaipudin and The Boyz kini membuat persembahan di Warung Coffee. Mari berhibur sambil minum kopi
8 Ogos 2026 • 08:12 AMSaya dah kemas rumah sikit-sikit. Jemput la ke rumah.. .
6 Ogos 2026 • 01:01 AMAlhamdulillah. Dah elok pun neocities ni. Harini Noct nak kemas rumah.
5 Ogos 2026 • 6:29 AMPerkampungan telah siap dibina. Banyak lagi tanah kosong. Anda dialu-alukan jadi penduduk Kampung Tanjung Api.
3 Ogos 2026 • 8:53 AMKawasan tanah berdekatan pantai tengah diratakan untuk membina rumah penduduk. Ya, Ahad pun ketua kampung kerja.
2 Ogos 2026 • 11:21 AMPanggung wayang dah launching. Jom tengok wayang. Jangan lupa dapatkan set popcorn sekali.
1 Ogos 2026 • 8:19 PMAlhamdulillah. 6 filem telah bersetuju untuk ditayangkan di Panggung Wayang Tanjung Api. Ketua kampung sedang setup projector. Tukang susun kerusi diperlukan.
1 Ogos 2026 • 12:47 PMKetua kampung tengah shopping projector dan pilih movie² untuk tayangan pembukaan. Filem besar tak mau masuk kampung kita, kampung kita kecik. (kecik ati)
1 Ogos 2026 • 1:47 AMAlhamdulillah. Bangunan panggung wayang telah pun siap dibina. Ya, memmag cepat. sebab ketua kampung bina sendiri. Kegigihan beliau wajar dicontohi!
31 Julai 2026 • 1:47 PMPetang ini pukul 4, ada upacara pecah tanah oleh ketua kampung. Ini sempena pembinaan panggung wayang yang julung-julung kalinya dibina di Kampung Tanjung Api
30 Julai 2026 • 8:21 AMWarung Coffee dah open. Jom pekena secawan kopi sambil dengar muzik.
29 Julai 2026 • 11:17 AMWarung Coffee hampir siap. Kami tengah tunggu mesin kopi dan setting sound system. Staff diperlukan. Sila ke pejabat ketua kampung untuk apply keje.
27 Julai 2026 • 10:04 AMWarung Coffee dalam pembinaan
27 Julai 2026 • 11:27 AMKonsert keempat dijadualkan berlangsung pada awal Ogos nanti. Jangan lupa clearkan jadual anda. Ketua Kampung masih dalam proses negotiating dengan penyanyi konsert kelima. Manakala konsert keenam masih lagi kosong. Mana-mana penyanyi yang berminat nak buat konsert di Kampung Tanjung Api dialu-alukan. SIla hubungi ketua kampung untuk maklumat lanjut.
27 Julai 2026 • 9:15 AMAkibat kebosanan, ketua kampung telah membina sendiri pusat hiburan yang serasi dengan minat beliau iaitu Dewan Konsert. 3 penyanyi popular telah bersetuju untuk membuat konsert di sana. Kepada pengembara, jangan lupa datang ke Dewan Konsert dan saksikan sendiri konsert yang sungguh gilang gemilang.
26 Julai 2026 • 9:00 AMKetua Kampung telah berjaya menebas lalang-lalang dan beliau kini pulun membina Pondok Pink untuk beliau diami seorang diri. Ketekunan beliau sungguh membanggakan.
20 Julai 2026 • 11:45 AMMade with ♥ by Noct. ★★★